Tuesday 22 November 2011

OPERASI TAMBAH


BIDANG                                          : NOMBOR DAN OPERASI
TAJUK                                             : OPERASI TAMBAH
STANDART KANDUNGAN             : MURID DIBIMBING UNTUK:
                                                                2.1          MENGENAL PASTI PASANGAN
                                                                               NOMBOR UNTUK MEMBENTUK
                                                                               SATU NOMBOR YANG BERKAITAN.
                                                                2.2          MENAMBAH DUA NOMBOR DALAM
                                                                              LINGKUNGAN 100

STANDART PEMBELAJARAN        : MURID BERUPAYA UNTUK
i)                    MENYATAKAN PASANGAN NOMBOR BAGI
                JUMLAH NOMBOR YANG DIBERI.
ii)                   SENARAIKAN KOMBINASI DUA NOMBOR BAGI
                JUMLAH NOMBOR YANG DIBER.
iii)                 MENAMBAH DAN MENYEBUT JUMLAH NOMBOR.

FASA 1 ( PERSEDIAAN)
Pemerhatian dan Analisis
Cadangan Aktiviti:
Langkah 1
1.       Guru menunjukkan sejumlah gula-gula.
2.       Murid membuat pemerhatian gula-gula yang di dalam bekas dan di luar bekas.
3.       Guru meminta murid menerangkan apa yang dilihat.
4.      
Guru menggunakan bahan maujud bagi memudahkan pemahaman murid serta menarik minat murid.

ABM : Gula-gula

Langkah 2
1.       Guru menunjukkan dua kumpulan pensel.
2.       Murid mengira bilangan pensel dalam kumpulan A dan kumpulan B.
3.       Murid diminta menjumlahkan bilangan pensel kedua-dua kumpulan.


ABM : Pensel


FASA 2 ( Imaginasi )
Penjanaan Idea – Sintesis Idea
Aktiviti Pengukuhan
1.       Gunakan blok berwarna biru dan merah.

Contoh:

 

 
5 blok merah dan 4 blok biru = 9 blok
5 + 4 = 9
1.       Gunakan blok berwarna untuk membentuk pasangan bagi nombor yang diwakilinya.
Contoh:

3 + 5 = 8
4 + 4 = 8
2 + 6 = 8
ABM : Blok berwarna

FASA 3 ( Perkembangan)
Penambahbaikan
1.       Guru menunjukkan kad gambar seperti di bawah:



Guru bersoal jawab dengan murid berdasarkan kad gambar yang ditunjukkan.
 
1.       Guru menunjukkan beberapa contoh lain.












Catatan :
Guru boleh mempelbagaikan aktiviti dengan menunjukkan video tentang teknik penambahan nombor seperti di bawah :






FASA 4 ( Tindakan )
Amalan Berterusan
1.       Edarkan lembaran kerja kepada semua murid seperti berikut :

Lembaran Kerja 1

Lembaran Kerja 2

2.       Bincangkan hasil kerja murid.



FASA 5 ( Pentaksiran )
1.       Berdasarkan kepada keupayaan murid menjawab soalan di Lembaran Kerja.
2.       Murid perlu betul kesemua soalan yang diberikan sebelum bergerak ke kemahiran berikutnya.

FASA 5 ( Nilai )
1.       Guru menerapkan tentang nilai-nilai murni seperti
a)      Kerjasama
b)      Tolong menolong
c)       Cermat
d)      Hormati guru dan rakan
2.       Guru membuat rumusan.






No comments:

Post a Comment