Tuesday, 22 November 2011

PENGENALAN


Mata pelajaran Matematik mengalami tranformasi dari masa ke semasa. Jika dahulu p+p matematik dilakukan dalam Bahasa Melayu, ia beralih apabila dasar PPSMI diperkenalkan. Bahasa Inggeris mula menjadi bahasa penghantar bagi mata pelajaran ini. Walau bagaimanapun sekali lagi tranformasi telah berlaku apabila dasar MBMMBI dan KSSR diperkenalkan, Bahasa Melayu kembali menjadi bahasa penghantar bagi mata pelajaran matematik. Ini dilihat sebagai satu langkah yang tepat dalam memartabatkan Bahasa Malaysia dan menjadikan mata pelajaran matematik kembali digemari oleh murid-murid.
Dalam tranformasi ini guru-guru perlu mahir dan memahami dasar yang dibentuk oleh kerajaan. Dalam memastikan dasar ini berjaya, para guru perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan khususnya dasar KSSR. Melalui KSSR teras utama ialah kemahiran 4M bukan 3M seperti KBSR. 4M yang dimaksudkan ialah kemahiran Membaca, Menulis, Mengira dan Menaakul. Kemahiran menaakul penting dalam memastikan murid benar-benar memahami p+p yang diajar oleh guru.
Dalam KSSR guru juga perlu mahir dengan Kurikulum Standard, Standard Prestasi dan kemahiran yang yang diterapkan dalam KSSR seperti kemahiran pengajaran menggunakan Abakus. In house yang dilakukan di sekolah sedikit sebanyak dapat meningkatkan pemahaman guru dalam melaksanakan KSSR bagi tahun 1 dan 2 tahun 2012.

In house penyebaran bahan KSSR Matematik tahun 2









OPERASI TAMBAH